Tentang Kami

INTAN BIOTECH INDUSTRIES SDN BHD

Pengalaman lebih 25 tahun syarikat mempelopori industri pengeluaran produk OEM/ODM kesihatan dan kecantikan menjadikan kami pakar, matang dan unggul dalam industri ini.

Bermula dengan menghasilkan produk untuk syarikat sendiri, kami mengorak langkah menawarkan konsep perkhidmatan OEM/ODM bersepadu atau ONE STOP CENTRE bagi memudahkan pelanggan-pelanggan kami berurusan di bawah satu bumbung.

Matlamat utama perniagaan adalah membantu usahawan-usahawan tempatan membina produk jenama sendiri yang berkualiti pada kos terendah dalam pasaran.

Di samping itu, kekuatan struktur syarikat didokong oleh didokong oleh staf yang disusun mengikut kepakaran masing-masing. Integriti dan kredibiliti barisan tenaga profesional bahagian pengurusan, bahagian pemasaran dan bahagian operasi yang produktif mendapat kepercayaan yang tinggi pelanggan-pelanggan kami.

Kami telah membuat pelaburan yang besar dalam penambahbaikan fasiliti pengilangan seperti menambah ruang pengeluaran, menyediakan peralatan terkini dan mesin berteknologi tinggi bagi menjamin pengeluaran yang efisien.