Surprising Fact: 50% of Cosmetic Founders are Women from Kelantan

Perasan tak di Malaysia sejak setahun dua ini, muncul ramai founder kosmetik dengan produk mereka yang bermacam-macam warna dan jenis?
Perasan tak semakin ramai wanita muda dengan kekayaan dan status jutawan sebelum umur 30 ?

Yes majoriti daripada mereka adalah kosmetik founder. Founder kosmetik berjaya di tanah air contohnya , Arwah Faziani Rohban (D’nars Skincare), Syma Eima (syma beauty), Dato’ Seri Vida (qu Puteh), Ika Ekora (Ekora Beauty), Shaa Hassan (Syaalcious Beauty), WN Syuhada (Sobella) dan ramai lagi antara jelitawan yang berjaya dengan empayar kosmetik masing-masing.

Disebalik kereta mewah (bukan honda cabuk, tapi audi/lamboghini/ferrari okkay!) , beg tangan birkin/chanel , rumah persis istana yang bernilai jutaan ringgit., pasti ramai bertanya siapakan mereka dan apakah persamaan mereka? Pastinya ramai berkata mereka adalah wanita yang waja, yang tidak tahu erti penat lelah. Ada juga yang berkata mereka pandai merebut peluang yang ada. Semua di atas adalah betul tapi yang paling utama, majoriti daripada mereka adalah WANITA KELANTAN.

Kenapa wanita Kelantan? bukan wanita Perlis? wanita Sarawak? Maksud saya wanita negeri lain pun ramai yang berjaya sebagai cosmetic founder tetapi kebanyakan mereka adalah mek kelate hok kecek kelate, ini realiti

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *