Pada 19 November 2023 , INTAN BIOTECH INDUSTRIES SDN BHD dengan bangga telah menganjurkan Bengkel Pemasaran yang berkesan, menjemput PAKAR PEMASARAN iaitu COACH ZUL untuk berkongsi strategi pemasaran yang terkini kepada staff-staff pemasaran syarikat ini.
Bengkel ini menjadi landasan yang menarik bagi pembaharuan strategi pemasaran syarikat kami dengan memperkasakan kemahiran TEAM PEMASARAN. Berikut adalah faedah daripada bengkel pemasaran yang kami adakan :
- Meningkatkan pengetahuan tentang strategi pemasaran baru, mengenali trend terkini, dan memperkukuhkan kemahiran pemasaran TEAM PEMASARAN INTAN BIOTECH INDUSTRIES SDN BHD.
- Ilmu pemasaran digital, pemasaran media sosial, strategi pemasaran konten dan analisis pasaran secara hands on.
- Idea-idea baru, strategi-strategi berkesan yang dikongsi oleh penceramah memperluaskan lagi pengetahuan pasukan pemasaran kami mengenai strategi pemasaran terkini.
Bengkel pemasaran yang diadakan ini telah membuka mata TEAM PEMASARAN kami ke dunia pemasaran yang dinamik. Kami percaya bahawa dengan menerapkan pengetahuan baru ini, kami dapat mengukuhkan kedudukan pemasaran kami dalam pasaran yang kompetitif.
Terima kasih kepada COACH ZUL dan peserta yang telah menjayakan bengkel ini. Pengalaman ini pasti akan membawa perubahan positif dalam usaha kami melaksanakan strategi pemasaran di masa hadapan.
Sila klik link di bawah untuk mendapatkan konsultasi secara percuma daripada TEAM INTAN BIOTECH INDUSTRIES.